Rakan Kongsi PAMM InstaForex

Sistem PAMM InstaForex memberikan setiap pelanggan peluang untuk mendapatkan keuntungan tanpa risiko dengan mengajak lebih ramai pelabur untuk menyertai PAMM.

Bagaimana untuk bermula?

Mula sekali anda haruslah mendaftar ke dalam sistem rakan kongsi PAMM

Kemudian anda haruslah memilih akaun trader PAMM yang anda ingin gunakan sebagai promosi kepada pelabur nanti. Pilih Become an agent dari halaman monitoring board sistem PAMM di Client cabinet. Fungsi ini hendaklah dihidupkan untuk setiap akaun PAMM yang anda pilih.

Setelah berdaftar, anda akan mendapat affiliate link dan widget untuk setiap trader PAMM anda tadi. Anda boleh gunakan untuk menarik minat para pelabur untuk menyertai sistem PAMM InstaForex.

Pelabur akan mengikuti link anda dan membuat pelaburan ke akaun trader PAMM anda. Jika pelaburan ini berjaya, anda akan diberi sehingga 80% daripada profit yang diperolehi oleh trader PAMM tersebut.

Untuk mendaftar di dalam sistem PAMM sebagai rakan kongsi, adalah perlu untuk mengaktifkan program rakan kongsi tersebut untuk mereka yang telah sedia ada memiliki akaun pelabur PAMM atau anda boleh membuka akaun baru dan pilih sebagai PAMM Partner semasa membuat pendaftaran.

Contoh pengiraan untung:

Trader PAMM 12345 menetapkan 50% untung untuk rakan kongsi PAMM di bahagian akaunnya. Manakala trader tersebut pula menetapkan 40% untuk dirinya berbanding pelabur 60%. Anda pula mendaftar sebagai rakan kongsi dan dapat menarik dua pelabur untuk melabur ke akaun trader PAMM 12345 itu tadi dengan menggunakan affiliate link atau pun widget.

Katakan pelaburan berjaya mengaut untung berjumlah $1000. Selepas trader PAMM mengembalikan wang pelabur beserta bahagian untungnya sekali, sistem PAMM akan secara automatik memindahkan bahagian trader sebanyak 40% x $1000 = $400. Dalam masa yang sama anda juga akan mendapat bahagian perkongsian iaitu 50% x $400 = $200. Semua proses bayaran ini adalah dibuat secara automatik oleh sistem PAMM InstaForex.

Anda juga akan turut mendapat komisen affiliate biasa sekiranya pelabur yang berdaftar di bawah anda tadi membuat trading sendiri tanpa melabur kepada mana-mana trader PAMM.

Anda boleh melihat statistik pelaburan yang berjaya anda bawa masuk di bahagian Partner cabinet akaun anda.