Sistem PAMM InstaForex

Sistem PAMM InstaForex membolehkan setiap pelanggannya menerima pelaburan atau pun membuat pelaburan ke dalam akaun trader PAMM yang lain. Sistem akaun PAMM InstaForex terdiri daripada dua kategori iaitu:

  • Pelanggan yang mendaftar akaun mereka ke dalam sistem PAMM sebagai Pelabur
  • Pelanggan yang mendaftar akaun mereka ke dalam sistem PAMM sebagai Trader

Pelabur menggunakan akaun PAMM InstaForex untuk melabur wang mereka kepada trader PAMM dengan tujuan untuk mendapatkan sebahagian daripada keuntungan yang telah dipersetujui. Sistem PAMM InstaForex menyediakan rekod transaksi setiap pelaburan dan perdagangan secara automatik. Dengan hanya menggunakan satu akaun, trader dapat menguruskan pelaburan yang banyak dalam satu-satu masa. Para pelabur pula boleh membuat jumlah pelaburan mengikut kehendak mereka sendiri bermula dari $1 hingga ke ratusan ribu USD.