Bagaimana Untuk Menjadi Pelabur PAMM InstaForex?

Semua pelanggan InstaForex yang memiliki akaun sebenar boleh menjadi pelabur PAMM.

Ia dapat dilakukan dengan membuka Client cabinet dan memilih PAMM System di menu sebelah kiri.

Setelah itu anda perlu melakukan proses pendaftaran ke dalam sistem PAMM. Masukkan semua maklumat yang diperlukan seperti email dan nombor telefon.

Panduan Bergambar Pendaftaran Akaun Pelabur PAMM InstaForex >>

Setelah pendaftaran selesai, akaun trading anda akan menjadi akaun pelaburan PAMM. Ini bermaksud, selain berfungsi sebagai akaun trading biasa, anda akan mendapat akses ke dalam sistem PAMM sepenuhnya, membuat pelaburan dan juga memantau pelaburan yang telah dibuat.

Anda boleh membuat pelaburan sebaik sahaja anda selesai mendaftar akaun PAMM. Tapi sebelum berbuat demikian adalah lebih baik jika anda fahami dengan betul bagaimana untuk menggunakan sistem tersebut. Paling mudah adalah dengan mencuba membuat pelaburan yang terendah terlebih dahulu iaitu $1.