Sistem Akaun Trader PAMM InstaForex

Sistem akaun trader PAMM InstaForex adalah cara terbaik untuk menarik pelaburan ke dalam sistem trading anda. Jika anda berhajat untuk menarik lebih ramai pelabur melabur ke dalam akaun anda, maka sistem PAMM InstaForex akan membuatkan kerja anda lebih mudah dan cepat. Selepas pendaftaran di dalam sistem PAMM sebagai trader, akaun anda akan terpapar di monitoring board sistem PAMM dan pelabur sendiri akan mencari anda.

Kemudahan yang ditawarkan kepada trader PAMM adalah:

  • Menguruskan semua pelaburan dengan satu akaun sahaja.
  • Tiada had untuk trader PAMM menerima jumlah pelaburan. Pelabur boleh mendeposit serendah $1 hingga ratusan ribu USD.
  • Pendaftaran akaun trader PAMM yang cepat dan menyenangkan.
  • Data akaun dipaparkan di monitoring board selepas membuat pendaftaran.
  • Trader PAMM mendapat permintaan secara online dari pelabur.
  • Email dan SMS peringatan akan dihantar jika ada pelaburan yang masih menunggu pengesahan penerimaan dari anda.
  • Trader PAMM boleh membuat pilihan penerimaan pelaburan.
  • Kiraan keuntungan secara automatik.
  • Bayaran pembahagian keuntungan secara automatik sebaik sahaja wang pelabur dipulangkan.
  • Trader PAMM boleh mengeluarkan wang sendiri dari akaun. Ia juga dibenarkan selepas pelabur membuat pelaburan ke akaun anda.
  • Boleh memaparkan status perkembangan akaun anda di laman web, blog, forum dan sebagainya.

Bagaimana Untuk Menjadi Trader PAMM InstaForex? >>