Bagaimana Untuk Menjadi Trader PAMM InstaForex?

Semua pelanggan InstaForex yang memiliki akaun trading sebenar boleh menjadi trader PAMM.

Anda boleh berbuat demikian dengan membuka Client cabinet dan memilih PAMM System di menu sebelah kiri.

Selepas itu, anda hendaklah membuat pendaftaran akaun trader PAMM dengan mengisi segala maklumat yang berkaitan termasuk nama projek pelaburan, maklumat untuk menghubungi anda, dan setting paparan akaun PAMM anda.

Apabila pendaftaran selesai, akaun anda akan terpapar di monitoring board yang akan dilihat oleh para pelabur. Anda boleh menerima permintaan pelaburan selepas beberapa jam pendaftaran dibuat. Anda boleh menerima atau menolak pelaburan mereka. Senarai permintaan pelabur boleh dilihat di Client cabinet > My Invesments.

Contoh bagaimana akaun trader PAMM InstaForex berfungsi:

Selepas pendaftaran di dalam sistem akaun PAMM dan deposit ke akaun PAMM, anda memulakan trade dan menunjukkan keputusan positif semasa trading. Ini akan menarik minat para pelabur untuk membuat pelaburan di akaun anda. Biasanya proses pelaburan mengambil masa setiap setengah jam. Apabila anda mendapati wang pelabur sudah masuk, maka anda bolehlah memulakan trading. Untung dan rugi beserta jumlah wang pelaburan di akaun anda dipaparkan pada monitoring board. Jika anda atau pelabur ingin membuat pengeluaran, maka bahagian keuntungan juga akan turut dikeluarkan. Manakala bahagian anda akan masuk ke dalam akaun anda secara automatik.