Apa Itu Sistem PAMM?

Sistem PAMM (Percent Allocation Management Module) merujuk kepada perisian yang digunakan oleh broker forex bagi membolehkan pelanggan 'meletakkan' wang pada trader yang menguruskan akaun PAMM. Dengan adanya sistem PAMM ini, trader dapat menguruskan banyak akaun dalam satu masa yang sama. Bergantung dengan jumlah deposit, aktiviti dagangan setiap akaun akan dikira berdasarkan nisbah. Manakala keuntungan hasil pelaburan akan dibahagikan mengikut peratusan yang telah ditetapkan oleh trader. Contohnya trader 30% dan pelabur 70%.

Kelebihan sistem PAMM adalah dapat mengelakkan daripada berlaku penipuan seperti mana pelaburan konvensional yang mengumpul semua wang pelabur dalam satu akaun. Keselamatan dapat diberikan kepada pelabur kerana trader tidak akan dapat mengeluarkan wang para pelabur. Bermaksud, urusan deposit dan pengeluaran adalah tanggungjawab masing-masing. Oleh kerana forex memerlukan modal yang minima untuk didagangkan, maka sistem PAMM lebih mudah untuk menarik ramai pelabur.

Sistem PAMM InstaForex >>